top of page

TIPS CUCI : Masalah Sinki Tersumbat



Ini adalah masalah yang pasti akan berlaku di setiap rumah, cuma persoalannya adalah bila. Apabila tiba masanya, sudah pasti kita akan cuba mencari cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini yang kadang kala tidak dapat diselesaikan. Ada pun dapat diselesaikan, ia akan datang semula dalam jangka masa yang singkat.


Nampak seperti masalah kecil tapi kadangkala ia boleh merumitkan keadaan, apatah lagi bila tiba waktu untuk memasak. Hanya menambahkan 'stress' yang tak berkesudahan.


Punca sinki tersumbat ada banyak jadi cara penyelesaiannya juga mestilah menggunakan beberapa kaedah yang sesuai dengan punca masalah yang dihadapi. Tidak boleh gunakan satu kaedah untuk pelbagai punca sinki tersumbat.


Disini ada beberapa kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan masalah sinki tersumbat yang kerap kali dihadapi oleh suri rumah.



1. Air Panas

Dengan menuang air yang sangat panas ke dalam saluran sinki akan menyebabkan lemak haiwan, minyak dan lain-lain air mencair. Sekaligus akan melancarkan semula saluran paip yang tersumbat. Ia mesti diulang beberapa kali untuk ia berkesan. Pastikan anda menuang secara berhati-hati supaya tidak terkena pada tangan atau muka. Jika tidak berkesan, maka kaedah lain mesti digunakan kerana mungkin ada bahan lain yang menyebabkan ia tersumbat.


2. Pam

Kadangkala cara yang paling mudah dan paling mujarab adalah hanya dengan menggunakan pam getah yang boleh dibeli murah dari mana-mana kedai. Hanya pam beberapa kali untuk memastikan semua bahan kotoran dapat dipam keluar.


3. Cuka & Soda Bikarbonat

Campuran kedua-dua bahan ini selalu digunakan untuk membersihkan fabrik atau permukaan yang lain. Ia juga boleh digunakan untuk dituang ke dalam sinki yang tersumbat. Pastikan anda campurkan kedua-duanya ke dalam air suam, biarkan seketika dan terus tuang. Cuba beberapa kali untuk melihat kesannya.


4. Bersihkan Bahagian Atas & Saluran Paip

Kita boleh terus buka bahagian atas sinki yang menutup saluran paip dan dicuci untuk memastikan tiada yang tersangkut sehingga penghalang pengaliran air. Juga cuba bersihkan bahagian bawah sinki di bahagian paip yang memerangkap sampah. Biasanya ia boleh dibuka untuk memudahkan kerja cucian.


5. 'Plumber Snake'

Alat ini juga kerap digunakan dan mudah dibeli dimana-mana. Hanya masukkan kedalam saluran sinki dari atas dan putarkan. Semua sampah yang menyebabkan paip tersumbat akan terlerai dan mengalir semula ke dalam saluran. Kemudian boleh dituang air panas bagi membersihkan lagi saluran paip tersebut.


6. Bahan Kimia

Ini adalah bahan yang boleh digunakan tetapi mesti secara berhati-hati. Jangan sesekali menggunakan asid yang terlalu kuat hingga boleh menyebabkan paip menjadi cair. Apatah lagi jika tinggal di rumah pangsapuri yang boleh menyebabkan malapetaka yang tidak diingini.


Ada masanya kita mesti menggabungkan beberapa kaedah diatas, bergantung kepada masalah yang sedang dihadapi. Jika tidak boleh juga, anda mesti memanggil pakar bagi menyelesaikan masalah sinki tersebut.


Selamat Mencuba!



Inginkan Perkhidmatan Cucian? Kami Sedia Membantu Anda. Sila Klik Dibawah



100 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page