top of page

TIPS CUCI : Cara Putihkan Baju Sekolah Anak Anda.

Writer: Azizul ShahAzizul Shah

Updated: 15 Jul 2023

Sememangnya baju sekolah anak yang putih bukan senang untuk dicuci. Apatah lagi kalau anak anda jenis lasak, sudah tentu habis kotor baju dengan bermacam jenis kotoran degil. Sebagai ibubapa, kita mesti rasa pening untuk menghilangkan kotoran dan mengekalkan keputihan baju.


Tapi jangan risau, ini adalah antara tips yang kami dapat dari jururawat di hospital yang juga memakai pakaian seragam putih. Mereka selalu kelihatan segak dengan baju yang kelihatan bersih dan putih berseri.



Antara rahsia yang dipecahkan kepada kami adalah bahan cucian yang digunakan. Memang kami sendiri pun tidak sangka dan jangka bahan cucian yang digunakan. Bahan tersebut hanyalah sabun buku mandi yang dihiris halus-halus.


Anda hanya ratakan sabun buku mandi yang telah dihiris kepada tempat yang kotor dan berus sehingga hilang kotoran tersebut. Kemudian masukkan ke dalam mesin basuh dan rendam seketika. Masukkan sedikit sabun tersebut serta sabun basuh baju lain yang biasa anda gunakan. Cuci seperti biasa.


InsyaAllah, anda akan terkesima dengan hasilnya nanti. Selamat Mencuba!



Inginkan Perkhidmatan Cucian? Kami Sedia Membantu Anda. Sila Klik Dibawah



 
 
 

Comments


alphadiy004-400dpiLogoCropped.png

Alpha DIY Equipment Rental & Services

003008260-T

41 Jalan SG 10/4, Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves Selangor

No. Telefon Pejabat : 0361851779 (Isnin - Jumaat)

No Telefon Mudah Alih : 0104531843

Email : alphadiyequipment@gmail.com

bottom of page