Kucing merupakan antara haiwan yang paling manja. Juga merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW. Ramai yang suka membiarkan kucing mereka masuk dan tinggal didalam rumah. Tapi dengan cara ini juga ada beberapa perkara yang harus kita berjaga-jaga seperti kencing atau najis kucing yang boleh dibuang merata-rata. Apatah lagi kalau najis mereka ini terkena karpet, sofa atau tilam kesayangan anda. Aduh! Mesti pening nak buangkan bau kencing atau najis yang tengit dan menusuk ke rongga hidung kita tu kan?
Tapi jangan risau. Disini ada 4 cara mudah untuk membuang bau kencing atau najis kucing kesayangan anda.
1. Cuka
Anda boleh campurkan cuka makan dengan air ke dalam botol spray dan sembur ke tempat kencing atau najis yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Sembur beberapa kali dan biarkan ia kering sendiri
2. Soda Bikarbonat
Ini adalah bahan yang ramai orang gunakan untuk pelbagai kegunaan. Mudah didapati dimana-mana kedai DIY. Taburkan soda bikarbonat ini dan biarkan seketika sebelum dicuci. Lakukan beberapa kali sehingga baunya hilang.
3. Garam Dan Lemon
Campurkan kedua-duanya ke dalam botol spray dan semburkan beberapa kali sehinga hilang baunya.
4. Arang
Sekarang sudah ada arang yang dijual bertujuan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Boleh juga gunakan arang yang biasa kita gunakan untuk buat BBQ tu dan letakkan di kawasan yang masih berbau.
Harap tips yang diberi dapat membantu anda menyelesaikan masalah bau yang kurang menyenangkan ini. Selamat Mencuba!
Inginkan Perkhidmatan Cucian? Kami Sedia Membantu Anda. Sila Klik Dibawah
Comments