top of page
alphadiy-138_edited.jpg

Ingin Sanitasi Kediaman Atau Pejabat Anda?

Jangan bimbang. Kami sedia membantu anda sekeluarga dan syarikat anda dari ancaman berbahaya Covid-19 yang sedang melanda negara tercinta kita ini.

Tiada yang lebih penting dari nyawa kita sendiri. Tindakan segera dan pantas harus diambil bagi membendung lebih ramai terjangkit dari penyakit berjangkit ini.

Alpha DIY covid-19.jpg

Kami sangat memahami perasaan anda, kerana itulah kami menyediakan perkhidmatan sanitasi yang bersedia berkhidmat untuk anda pada waktu yang sangat genting ini. 

Keselamatan anda sekeluarga menjadi keutamaan kami di Alpha DIY.

Proses Sanitasi

sanitise1.jpeg

Sanitasi Permukaan

Ini bagi membunuh virus yang berada dibahagian yang selalu disentuh oleh kita.

Mist Sanitise.png

Sanitasi Semburan

Kaedah ini digunakan untuk bahagian luar dan juga dalam kawasan yang terlibat

20210112_205058.jpg

Sanitasi Kabus

Lebih berkesan bagi kawasan dalam pejabat dan tertutup. Tidak merosakkan dokumen dan kena kepada semua bahagian yang susah untuk dicapai.

Sudah menjadi tanggungjawab bagi kami untuk memastikan proses sanitasi dijalankan menggunakan kaedah yang telah disarankan oleh KKM. Kami sangat teliti dalam proses ini supaya kawasan anda samada rumah, pejabat atau kilang adalah dalam keadaan selamat untuk diduduki.

Bahan Sanitasi

Kami tidak akan berkompromi dengan bahan sanitasi yang akan digunakan kerana ia melibatkan kepentingan dan keselamatan pelanggan kami apatah lagi dengan keadaan pandemik yang semakin membimbangkan semua pihak. Juga demi menjaga keselamatan para pekerja kami yang bertarung nyawa berdepan dengan pembasmian virus covid ini saban hari. Kami hanya memilih bahan sanitasi dari syarikat pengeluar yang diiktiraf oleh badan kerajaan dan berpengalaman luas dari bidang berkaitan. Sesungguhnya keselamatan anda adalah keutamaan kami.

lab tested.jpg
kilss 99.jfif
halal.png
Food Grade.jfif

Tenaga Kerja Terlatih

Amatlah penting bagi tugas pembasmian virus ini dilakukan oleh mereka yang terlatih dan mendapat pengiktirafan dari segi mengurus dan mengendalikan bahan yang akan digunakan kelak. Jika campuran bahan yang akan digunakan tidak mengikut piawaian yang dicadangkan maka sudah tentu keberkesanannya tidak akan capai ke tahap yang maksimum bagi membasmi virus Covid ini. Kami telah mendapat latihan asas pembersihan dan pengendalian bahan merbahaya. Sila lihat DISINI untuk maklumat berkaitan.

Sijil Sanitasi Digital

Kami menyediakan atas permintaan sijil sanitasi digital yang boleh dikongsikan secara mudah atau dicetak untuk memudahkan anda jika ada pihak yang meminta pengesahan sanitasi yang telah dibuat.

Disinfection Certificate-muhamad sofian bin sulaiman.png
CONTOH
CONTOH

Mengapa Kami Menjadi Pilihan?

1. Kami mendapat latihan asas dari PROCITIC bagi mengendalikan bahan cucian dan merbahaya.

2. Kami hanya menggunakan bahan sanitasi yang diiktiraf oleh kerajaan.


3. Bahan sanitasi adalah selamat untuk bayi , dokumen dan perabot anda.


4. Kami memakai PPE penuh seperti yang disarankan oleh KKM.


5. Tiga kaedah & jenis bahan sanitasi digunakan mengikut keperluan tempat yang akan disanitasi.


6. Keberkesanan bahan sanitasi diuji di makmal yang diiktiraf dalam menghapuskan virus Covid-19 sepantas 30 saat.


7. Sijil Pengesahan Sanitasi akan diberikan supaya anda boleh tunjukkan kepada pihak yang berkenaan.


8. Kami mengambil ujian RTK Saliva setiap 2 minggu sekali bagi menjamin proses sanitasi tidak terjejas. Sia-sia sahaja sanitasi dibuat jika orang yang membuat sanitasi didapati positif Covid-19.

KV2.JPG

Kawasan Liputan Perkhidmatan

Perkhidmatan Sanitasi kami meliputi keseluruhan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya dan Cyberjaya. 

alphadiy-104_edited.jpg

Saya Berminat. Apa Yang Perlu Saya Buat?

Tahniah & Syabas kerana anda berminat menggunakan perkhidmatan kami. Anda boleh whatsapp kami untuk bertanya maklumat lanjut.

Kami bersedia memberikan khidmat nasihat secara percuma. 

Whatsapp kami segera untuk sebarang pertanyaan. Klik Ikon Whatsapp di atas.

alphadiy-102.jpg
bottom of page