top of page
Writer's pictureAzizul Shah

Tips Cuci : Cara Cuci Kesan Darah Pada Tilam, Sofa, Baju, Selimut & Kusyen Kereta Fabrik.



Terkena kesan darah merupakan satu mimpi ngeri bagi sesiapun kerana ia sangat sukar dihilangkan dengan cucian biasa. Kesan darah akan menjadi lebih sukar untuk dihilangkan jika dibiarkan lebih lama untuk dicuci. Disini kami akan kongsikan cara yang kami guna sebagai Pakar Cuci Karpet, Sofa, Tilam dan Kusyen Kereta selama 3 tahun ini dengan menggunakan bahan yang ada dirumah anda.




1. Sabun Mandi

Ia boleh digunakan untuk menghilangkan kesan degil darah menggunakan sabun tersebut dengan menggosok menggunakan berus. Tapi sebelum itu, sebaiknya sabun itu dihancurkan menggunakan pemarut sayuran. Dengan cara ini, lebih mudah diberus ke atas kotoran yang ada. Kemudian bilas beberapa setelah diberus.





2. Hidrogen Peroxide

Ia adalah bahan yang terdapat di dalam sabun basuh baju tapi tidak semua yang menggunakan bahan tersebut jadi anda kena baca betul-betul bahan buatannya. Antara yang anda boleh beli dipasaran adalah Kao Bleach. Bagi fabrik yang berwarna, anda boleh menggunakan Kao Bleach Colour. Bancuhkan satu pertiga sabun dan dua pertiga air. Sapu atau sembur menggunakan penyembur, biarkan selama beberapa minit dan berus. Bilas sehingga bersih. Jika masih terdapat kesan, ulang langkah cucian beberapa kali.







3. Garam

Anda boleh cuba menggunakan garam dengan mencampur satu bahagian garam dan empat bahagian air. Rendamkan kain untuk 30 minit dan cuci seperti biasa. Boleh diulang jika masih ada kesan.




4. Enzim

Bahan ini biasanya tiada di rumah tapi anda boleh mendapatkan secara online. Mesti disemburkan diatas kesan darah seketika dan diberus. Bilas dan ulang jika perlu.


Bagi membilas sofa, tilam dan kusyen kereta, anda perlukan wet & dry vacuum untuk menyedut segala kesan kotoran.


Selamat Mencuba!



Perkhidmatan Yang Kami Sediakan



4,060 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page