top of page

Adakah Dengan DIY Projek, Anda Akan Lebih Banyak Berjimat?

Semestinya ramai yang berfikir jika buat sendiri projek yang dikehendaki maka banyak penjimatan akan dapat diperolehi.

Ya, memang benar sangkaan itu cuma ada beberapa perkara yang perlu kita ambilkira supaya berlaku

penjimatan dan bukan pembaziran.



1. Fahami Keseluruhan Proses Terlebih Dahulu

Ini sangat penting supaya kita tidak sangkut ditengah jalan kerana sudah tidak pasti apa yang hendak dibuat seterusnya. Dapatkan dahulu segala maklumat penting cara melakukannya dari pelbagai sumber.


2. Guna Peralatan Yang Betul

Peralatann yang betul akan mempercepatkan proses keseluruhan projek. Ia juga akan menyebabkan hasil kerja kita lebih kemas dan lebih kepuasan.


3. Urus Masa Dengan Baik

Buat jadual untuk keseluruhan proses supaya kita ada target untuk capai beberapa bahagian proses yang akan dibuat. Ini supaya projek kita tidak akan terlajak jauh dari garis masa yang telah ditetapkan apatah lagi untuk mengelakkan projek yang tidak siap entah sampai bila. Ingat! Time Is Money!

56 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page