Sangat Sibuk Dan Tiada Masa? Jangan Risau, Kami Boleh Mengambil Karpet Dari Rumah Anda Dan Pulangkan Semula Setelah Dibasuh. 

Kos Pengambilan Dan Penghantaran Adalah Percuma

bagi nilai cucian melebihi RM150 untuk kawasan lembah klang kecuali Putrajaya, Cyberjaya, Klang, Kajang, Bangi, Telok Panglima Garang, Banting dan Kota Kemuning. 

Jika kurang daripada RM150 jumlah nilai cucian, sedikit kos pengangkutan akan dikenakan. Tempoh cucian mengambil masa maksimum 7 hari tidak kira apa jua keadaan cuaca yang melanda. Tapi jika anda ingin guna cepat maka kami akan dahulukan cucian karpet anda. Juga Percuma Cucian Alas Kaki (maksima 5 unit) bagi jumlah nilai cucian melebihi RM150. 

 

Harga bagi cucian karpet yang diambil untuk dicuci dikedai hanya dari RM1 hingga RM4.50 sekaki persegi, bergantung kepada jenis karpet samada tatami, velvet, sintetik, silk atau buatan tangan.

Tambahan 50sen bagi sekaki persegi akan dikenakan bagi karpet yang terkena kencing binatang peliharaan kerana kami akan membilasnya lebih banyak kali dari biasa dengan menggunakan bahan pencuci khas bagi menghilangkan bau kencing yang tengit.

Kami akan datang ke rumah anda untuk ukur dan terus berikan harga. Jika setuju, baru kami akan ambil karpet tersebut untuk dicuci di kedai kami. Jika anda sudah mempunyai ukuran, maka kami boleh terus berikan harga cucian karpet yang ingin dibuat.

alphadiykarpet rumah1.jpg

Kelebihan Mencuci Karpet Rumah Anda Di Kedai Kami

  1. Karpet anda akan dikeringkan didalam kedai kami yang menggunakan kipas berkelajuan tinggi dan mesin pengering bagi memastikan karpet anda kering sepenuhnya bagi mengelak sebarang ketumbuhan kulat atau kulapok di kemudian hari. Kaedah ini juga bagi menjamin karpet anda siap pada masa yang dijanjikan walau hujan ribut berterusan sepanjang minggu.

  2. Karpet yang telah siap akan dibungkus di dalam plastik untuk memudahkan anda menyimpannya bagi kegunaan pada masa akan datang.

  3. Karpet anda akan disembur dengan pewangi yang juga bertindak sebagai pembasmi bakteria dan kuman.

  4. Kami akan ambil dan hantar semula ke rumah anda secara percuma atau dengan kos paling minima.

  5. Karpet anda akan dicuci sebanyak 3 kali dan dibilas sebanyak 5 kali (bagi kebanyakan jenis karpet). Kami akan memastikan bahawa karpet anda bukan sahaja bersih tetapi juga selamat digunakan oleh keluarga anda yang tersayang.

  6. Tempat cucian karpet kami dilapik dengan tapak cucian khas dan bukan dicuci di atas lantai simen yang berhabuk dan berdebu.

Nota : Kaedah cucian standard akan digunakan tanpa spot cleaning bagi kotoran degil bagi cucian di kedai kami. Kami akan lakukan atas permintaan pelanggan dan caj tambahan mungkin akan dikenakan bergantung kepada tahap kekotoran degil. Tiada jaminan kekotoran degil akan hilang 100% bagi kekotoran yang sudah melebihi 48 jam. Namum semestinya, kami akan lakukan yang terbaik. bagi pelanggan kami yang dikasihi.

Mengapa Kami Menjadi Pilihan?

alphadiy-109.jpg

Kepuasan 100%

Jika terdapat bahagian karpet yang tidak memenuhi kehendak anda dalam 24jam selepas dicuci, kami akan segera datang semula untuk mencuci semula bahagian tersebut.

alphadiy-34_edited.png

Mesin Teknologi Tinggi

Kebanyakan mesin kami adalah dari teknologi Eropah terutama dari German dan Italy. Ini bagi menjamin kualiti cucian karpet anda lebih bersih dan segar. 

alphadiy-114.jpg

Terlatih Dan Diiktiraf

Kami menerima latihan teknikal dari PROCITC iaitu pusat latihan yang juga diiktiraf oleh HRDF.
 

Klik Disini Untuk Maklumat Lanjut

alphadiy523_edited.png

Bahan Pencuci Berkualiti

Kami hanya menggunakan bahan pencuci yang berkualiti tinggi dan mengikut spesifikasi mesin yang akan digunakan. 

PhotoGrid_Plus_1627100126898.jpg
PhotoGrid_Plus_1627437306708.jpg
alphadiyrug01.jpeg
PhotoGrid_Plus_1627100557866.jpg
alphadiy-104_edited.jpg

Saya Berminat. Apa Yang Perlu Saya Buat?

Tahniah & Syabas kerana anda berminat menggunakan perkhidmatan kami. Anda boleh whatsapp kami untuk bertanya kaedah penyelesaian terbaik bagi membersihkan karpet anda.

Kami bersedia memberikan khidmat nasihat secara percuma. 

Whatsapp kami segera untuk sebarang pertanyaan. Klik Ikon Whatsapp di atas.

alphadiy-102.jpg