20201206_112505.jpg

Cucian Karpet Di Rumah Anda

alphadiy-140.jpg

Cucian Karpet Di Kedai Kami

alphadiy-91.jpg

Karpet rumah akan kelihatan bersih secara mata kasar tetapi pada hakikat sebenarnya jauh ke dalam urat-urat dasar dalam karpet, ianya sangatlah kotor dan menjijikkan jika tidak dibersihkan secara berkala. Sudah tentu banyak hama, bakteria dan bermacam jenis ancaman halus tapi berbisa ini sedang beranak pinak dan membiak saban hari.

Karpet terdedah kepada banyak jenis kekotoran antaranya:

  • Kekotoran yang dibawa oleh kita melalui tapak kaki yang tidak bersih & dicuci dengan betul.

  • Habuk & sampah halus yang dibawa oleh angin dari luar.

  • Bakteria & kuman dari anggota badan serta bersin setiap hari.

  • Najis yang dibawa oleh serangga dan binatang kecil seperti cicak dan lain-lain.

Pembersihan karpet secara berjadual juga penting bagi memastikan keadaan karpet sentiasa bersih dan lebih tahan lama. Paling kurang mesti dibersihkan 3 hingga 4 kali setahun.