Kami Bilas Karpet Anda Menggunakan Downy
Bukan Biashe-Biashe..
Bagi Memastikan Karpet Anda Wangi Semerbak Bunga Di Taman.
Sangat Sibuk Dan Tiada Masa? Jangan Risau, Kami Boleh Ambil Karpet Dari Rumah Anda Dan Pulangkan Semula Setelah Dibasuh.
Kebersihan karpet merupakan salah satu perkara yang harus diambil serius oleh kita kerana ia antara faktor penyebab masalah pernafasan jika tidak dicuci sentiasa. Apatah lagi kepada anak-anak dan cucu kita yang sentiasa bermain di atasnya. Karpet juga merupakan pengumpul habuk dan kotoran yang terbaik kerana walaupun kelihatan bersih pada mata kasar tapi didalamnya terdapat habuk, bakteria, kuman yang sangat banyak.
Karpet mesti dicuci secara berkala setidaknya 4 kali setahun secara basah dan di vacuum setiap hari.
Ia adalah penambah seri dan keselesaan di rumah tapi juga boleh menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka panjang jika tidak dijaga rapi. Sayangi keluarga anda dengan mencuci karpet anda dengan kepakaran kami hari ini juga
Hi!
Saya
Salman
Kelebihan Mencuci Karpet Rumah Anda Di Kedai Kami
-
Karpet anda akan dikeringkan didalam kedai kami yang menggunakan kipas berkelajuan tinggi dan mesin pengering bagi memastikan karpet anda kering sepenuhnya bagi mengelak sebarang ketumbuhan kulat atau kulapok di kemudian hari. Kaedah ini juga bagi menjamin karpet anda siap pada masa yang dijanjikan walau hujan ribut berterusan sepanjang minggu.
-
Karpet yang telah siap akan dibungkus di dalam plastik untuk memudahkan anda menyimpannya bagi kegunaan pada masa akan datang.
-
Karpet anda akan disembur dengan pewangi yang juga bertindak sebagai pembasmi bakteria dan kuman.
-
Kami akan ambil dan hantar semula ke rumah anda secara percuma atau dengan kos paling minima.
-
Karpet anda akan dicuci sebanyak 3 kali dan dibilas sebanyak 5 kali (bagi kebanyakan jenis karpet). Kami akan memastikan bahawa karpet anda bukan sahaja bersih tetapi juga selamat digunakan oleh keluarga anda yang tersayang.
-
Tempat cucian karpet kami dilapik dengan tapak cucian khas dan bukan dicuci di atas lantai simen yang berhabuk dan berdebu.
Nota : Kami akan melakukan kaedah cucian yang sama bagi semua jenis karpet. Jika terdapat kotoran degil atau bau kurang menyenangkan seperti bau kepam dan bau kencing kucing yang masih tidak hilang setelah menggunakan kaedah cucian biasa maka rawatan karpet boleh dilakukan dengan caj tambahan di atas persetujuan pelanggan. Tiada jaminan kekotoran degil dan bau akan hilang 100% bagi kekotoran yang sudah melebihi 48 jam. Namum semestinya, kami akan lakukan yang terbaik. bagi pelanggan kami yang dikasihi.
Harga Cucian Karpet Rumah
Hi! Saya Syakir
Mengapa Kami Menjadi Pilihan?
Kepuasan 100%
Jika terdapat bahagian karpet yang tidak memenuhi kehendak anda dalam 24jam selepas dicuci, kami akan segera datang semula untuk mencuci semula bahagian tersebut.
Mesin Teknologi Tinggi
Kebanyakan mesin kami adalah dari teknologi Eropah terutama dari German dan Italy. Ini bagi menjamin kualiti cucian karpet anda lebih bersih dan segar.
Terlatih Dan Diiktiraf
Kami menerima latihan teknikal dari PROCITC iaitu pusat latihan yang juga diiktiraf oleh HRDF.
Klik Disini Untuk Maklumat Lanjut
Bahan Pencuci Berkualiti
Kami hanya menggunakan bahan pencuci yang berkualiti tinggi dan mengikut spesifikasi mesin yang akan digunakan.
Saya Berminat. Apa Yang Perlu Saya Buat?
Tahniah & Syabas kerana anda berminat menggunakan perkhidmatan kami. Anda boleh whatsapp kami untuk bertanya kaedah penyelesaian terbaik bagi membersihkan karpet anda.
Kami bersedia memberikan khidmat nasihat secara percuma.
Juga kami akan kirakan harga untuk anda. Hanya berikan ukuran panjang x lebar (cm) serta gambar bawah dan atas karpet.
Whatsapp kami segera untuk sebarang pertanyaan. Klik Ikon Whatsapp di atas.