

Suasana Pejabat Yang Ceria & Cergas Bermula Dari Karpet Anda!
Kehebatan sesebuah syarikat sudah tentu bermula dari suasana kerja yang baik. Bermula dari saat melangkah masuk ke dalam pejabat sehinggalah sampai waktu untuk pulang ke rumah. Suasana yang baik serta nyaman sudah pasti melibatkan karpet yang bersih yang meliputi kebanyakan ruang di dalam halaman pejabat.


Karpet pejabat akan kelihatan bersih secara mata kasar tetapi pada hakikat sebenarnya jauh ke dalam urat-urat dasar dalam karpet, ianya sangatlah kotor dan menjijikkan jika tidak dibersihkan secara berkala. Sudah tentu banyak hama, bakteria dan bermacam jenis ancaman halus tapi berbisa ini sedang beranak pinak dan membiak saban hari.
Karpet terdedah kepada banyak jenis kekotoran antaranya:
-
Kekotoran yang dibawa oleh para pekerja melalui tapak kasut yang tidak bersih & dicuci dengan betul.
-
Habuk & sampah halus yang dibawa oleh angin dari luar terutama bagi kawasan yang tidak ditutup.
-
Bakteria & kuman dari anggota badan serta bersin para pekerja setiap hari.
-
Najis yang dibawa oleh serangga dan binatang kecil seperti cicak, burung dan lain-lain.
Pembersihan karpet secara berjadual juga penting bagi memastikan keadaan karpet sentiasa bersih dan lebih tahan lama. Paling kurang mesti dibersihkan 3 hingga 4 kali setahun.
Karpet dirumah pun paling tidak setahun sekali kita akan cuci. apatah lagi karpet di pejabat.
